Thursday, 6 December 2012

Permulaan saya ke Dunia Blog!

Hai! Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca Blog, Kerana sudi singgah di Blog saya yang baru di'create' hihihi, harap korang teruskan membaca sampai habis ye Blog saya ini!, Saya tak berapa pandai sangat tentang Blog-Blog nie, harap korang boleh tolong ajar saya, Al-maklumlah, orang baru nak kenal buat Blog, sedih rasa ketinggalan, hewhewhew, Kalau nak ikutkan hati dah lama buat,tapi tak pandai langsung, tercetusnya saya mula berminat dengan Dunia Blog disebabkan atas dorongan saudara-mara, kawan-kawan,dan 'ehem-ehem', hihihi,,,,ehem-ehem tu sebenarnya tiada, biasa hidup tanpa teman, saya hanya manusia biasa, saya pun nak hidup bahagia macam orang lain tapi mungkin belum masanya, tapi saya berusaha untuk mencari teman hidup. Okay-okay, dah lari topik, maafkan saya, hihihihi, sebelum saya membuat Blog sendiri, saya ada try 'usha-usha' Blog kawan-kawan semua, Kesemuanya, Blog yang 'awesome-awesome' belaka, ada yang 'sedih' sampai mengalir air mata saya bila membacanya, ada pulak yang 'kelakar' boleh pecah perut saya membaca, dan berbagai lagi, tak dapat saya nak cakap, memang semua Blog ada 1Malaysia la....bezzzz hahahah...

Eh eh...saya baru teringat...Saya belum perkenalkan diri lagi,hihihi,,,maaf sekali lagi...emm ni la saya, Nama yang diberi Muhammad Zul Asyraf, tapi kawan-kawan banyak sangat beri nama gelaran yang dia orang suka panggil saya, Contohnya: Catz...Asyraf...Zul. Korang boleh la panggil mana-mana nama yang saya paparkan tu, jangan la pulak tambah nama lain pulak, huhuhu....mesti korang tertanya kan, kenapa panggil Catz, tapi yang pasti korang mesti fikir saya minat pada kucing kan? hahahah,,,,jangan senyum sengih sorang pulak...hihihi..memang gelaran Catz tu datang sebab saya minat sangat pada kucing,  mungkin saya seorang yang penyayang mungkin..hihihi...siapa tau kan...wink-II, Menaipnya saya di Blog ini, saya ingin memberitahu kepada sesiapa yang minat melampau pada kucing, Anda seorang yang penyayang, tepuk tangan sikit...hewhewhew.... Saya baru berumur 18 tahun, muda lagi kan? tolong jangan cakap tua, huhuhu...saya tak nak orang panggil saya tua lagi...kalau nak panggil saya tua tunggu umur saya 80 tahun nanti, baru cakap saya tua okay! Saya dilahirkan di negeri Pahang, area Kuantan, tempat saya dilahirkan di Hospital Besar Kuantan, Saya bangga jadi anak Pahang, Maju Tok Gajah kata orang...hihihihi

Saya nak mengceritakan tentang hobi saya, mungkin sama macam anda semua.
Hobi saya ada tiga: nak tahu apa dia? lihat carta dibawah

  • melayari laman sesawang seperti Facebook,Twiiter,Blog, dan bermacam lagi
  • Suka baca novel pada waktu lapang ataupun tengah bosan-ini pun baru permulaan,Saya nak jadi budak novelist,nampak macam seronok!
  • suka kemas rumah,mungkin ikod jejak Ibu tersayang saya kot...hihihi

Mungkin saya macam perangai kebudak-budakan, hihihi...malu nak mengaku, tapi terpaksa, okay...makanan  kegemaran saya nak tahu apa? ha...My favourite food adalah Tomyam...fuh!!! bila teringat Tomyam rase macam terbau aromanya yang singgah dekat hidung saya, korang pun terbau tak? hihihihi,,, Tomyam dengan saya memang tak dapat dilepaskan...tak tahu kenapa, bukan saya cakap makanan lain tak sedap, tapi Tomyam telah memikat hati saya, pandai betul Tomyam tu pikat hati saya,,,hahahahah...and my favourite drink.... Fresh Orange...adoi...dahaga la pulak...bila tersebut Fresh Orange..hihihi

Mungkin setakat ni sahaja kot saya beri maklumat saya, kalau ada story lagi, Saya akan story mory dekat anda semua okay

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment